Ahad, 21 April 2024 | 1:25pm
Tembakan berlaku di sebuah parti blok yang tidak dibenarkan dengan 200 hingga 300 orang berhampiran Taman Orange Mound. - Foto AFP
Tembakan berlaku di sebuah parti blok yang tidak dibenarkan dengan 200 hingga 300 orang berhampiran Taman Orange Mound. - Foto AFP

Dua terbunuh, enam cedera dalam tembakan parti blok Memphis

WASHINGTON: Dua orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti blok di bandar Memphis, hari ini, kata polis tempatan.

Dua orang ditemui mati di tempat kejadian dan seorang daripada enam yang cedera dalam keadaan kritikal di hospital kawasan, lapor Jabatan Polis Memphis di platform media sosial X.

Tembakan itu berlaku di sebuah parti blok yang tidak dibenarkan dengan kira-kira 200 hingga 300 orang berhampiran Taman Orange Mound di negeri selatan Tennessee, kata jabatan itu pada X sebelum ini.

Keganasan senjata api adalah perkara biasa di Amerika Syarikat (AS), sebuah negara yang mempunyai lebih banyak senjata api daripada manusia.

Percubaan untuk menekan hak senjata sentiasa mendapat tentangan politik yang sengit.

AS merekodkan 120 tembakan besar-besaran tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mentakrifkan tembakan besar-besaran sebagai empat atau lebih orang cedera atau terbunuh.

Tahun lalu berakhir dengan jumlah 656 tembakan seperti itu. -AFP

Berita Harian X