Khamis, 28 March 2024 | 1:52pm
Seorang pekerja Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), semalam melihat kapal kargo Dali, yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, sehingga runtuh. - Foto REUTERS

Pekerja Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), semalam melihat kapal kargo Dali, yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, sehingga runtuh. - Foto REUTERS

Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh

SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran keperluan berkanun yang berkaitan mengikut Akta Perkapalan Saudagar 1995 susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.

MPA menerusi satu kenyataan berkata, siasatan akan dijalankan sebagai sebahagian daripada kewajipan ke atas Dali, kapal kontena didaftarkan di Singapura yang melanggar tiang jambatan berusia beberapa dekad itu.

"MPA, sebagai badan pentadbir di bawah bendera Singapura, mengambil tanggungjawabnya terhadap keselamatan kapal yang berdaftar di negara ini dengan serius.

"Ia bekerjasama dengan lapan pertubuhan pengelasan antarabangsa untuk meninjau, memeriksa dan memastikan kapal didaftarkan di Singapura mematuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan," katanya.

Agensi itu berkata ia akan terus bekerjasama dengan syarikat pengurusan kapal Synergy Marine Pte Ltd untuk memudahkan pertukaran maklumat bagi membantu Pengawal Pantai AS dalam siasatannya.

"MPA juga telah meminta pertubuhan pengelasan kapal, ClassNK untuk menyediakan penilaian teknikal dan pengiraan kestabilan, yang juga parameter penting untuk membantu Pengawal Pantai AS dalam perancangan dan pelaksanaan selamat operasi menyelamatkan kapal itu," katanya.

MPA berkata, ia akan terus bekerjasama dengan syarikat pengurusan kapal untuk memastikan kebajikan kru kapal Dali terjaga dan syarikat itu bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Sementara itu, MPA berkata Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) akan melakukan siasatan keselamatan marin secara bebas untuk mengenal pasti pengajaran yang dapat mengelakkan kemalangan marin pada masa akan datang. – BERNAMA

Orang awam melihat kapal kargo yang merempuh Jambatan Francis Scott Key di Baltimore. - Foto Reuters
Orang awam melihat kapal kargo yang merempuh Jambatan Francis Scott Key di Baltimore. - Foto Reuters

Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh. - Foto Reuters
Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh. - Foto Reuters

Berita Harian X