Rabu, 27 March 2024 | 1:18pm
Usaha sedang dijalankan bagi mengesan mangsa yang masih hilang. Foto AFP
Usaha sedang dijalankan bagi mengesan mangsa yang masih hilang. Foto AFP
Jambatan Francis Scott Key di Baltimore runtuh selepas pelanggaran oleh sebuah kapal kargo. - Foto AFP
Jambatan Francis Scott Key di Baltimore runtuh selepas pelanggaran oleh sebuah kapal kargo. - Foto AFP
Jambatan Francis Scott Key di Baltimore runtuh selepas pelanggaran oleh sebuah kapal kargo Dali. - Foto Reuters
Jambatan Francis Scott Key di Baltimore runtuh selepas pelanggaran oleh sebuah kapal kargo Dali. - Foto Reuters

Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh

WASHINGTON: Satu mayat ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media, semalam.

"Kami dengar satu mayat telah ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak," kata Ahli Majis Bandar Baltimore Phylicia Porter sebagai berkata kepada CNN.

Pegawai berkata, runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal Selasa, menyebabkan ia melanggar struktur jambatan itu. Perlanggaran itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.

Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenam-enam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.

Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.

"Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan," kata Datuk Bandar Baltimore Brandon Scott.

"Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terbabit."

Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih pada Selasa, Presiden AS Joe Biden mahu kerajaan persekutuan membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.

"Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan," kata Biden.

Kira-kira 11.5 juta kenderaan menyeberangi Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6km itu setiap tahun.– BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X