Ahad, 17 March 2024 | 11:12am
Polis mengawasi persekitaran berikutan kejadian tembakan di Trenton, New Jersey, semalam, yang menyaksikan seorang suspek "amat berbahaya" ditahan. -AFP
Polis mengawasi persekitaran berikutan kejadian tembakan di Trenton, New Jersey, semalam, yang menyaksikan seorang suspek "amat berbahaya" ditahan. -AFP

Seorang lelaki ditahan selepas tembak mati 3 ahli keluarga

TRENTON: Seorang suspek berbahaya ditahan di New Jersey selepas didakwa menembak mati tiga ahli keluarganya.

Jurucakap Jabatan Polis Trenton, Lisette Rios berkata, Andre Gordon, 26, menyerah diri kepada polis selepas berusaha berjam-jam untuk menahannya.

Pihak berkuasa berkata, Gordon, yang dipercayai kehilangan tempat tinggal, bertindak merampas kenderaan di Trenton sebelum memandu kira-kira 40 batu (65 kilometer) ke pinggir bandar Philadelphia, Levittown.

Di Levittown, polis berkata, suspek membunuh ibu tirinya berusia 52 tahun dan adiknya berusia 13 tahun.

Peguam Bucks County, Pennsylvania, Jennifer Schorn berkata, tiga yang lain di dalam rumah itu, termasuk seorang kanak-kanak, berjaya menyembunyikan diri.

Suspek kemudian memandu ke kediaman berhampiran di mana dia menceroboh sebelum menembak mati seorang wanita berusia 25 tahun yang dipercayai ibu kepada dua anaknya sebelum memukul ibu mangsa menggunakan senapangnya.

Suspek kemudian merampas kereta Honda daripada seorang lelaki berusia 44 tahun sebelum melarikan diri. Lelaki itu bagaimanapun tidak cedera.

Suspek kembali ke Trenton dan mengurung diri di sebuah rumah tiga tingkat.

Whitney berkata, suspek dipercayai bersenjatakan senapang AR-15 dan polis menyifatkannya sebagai "sangat berbahaya."

Polis merayu selama beberapa jam untuk suspek menyerahkan diri.

Pengarah Polis Trenton, Steve Wilson, berkata suspek tidak cedera dan sedang berjalan apabila seorang pegawai peronda menghampirinya. -AFP

Berita Harian X