Khamis, 15 Februari 2024 | 11:16am
Kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI), kebanyakannya dari Venezuela, menaiki bot di bandar pelabuhan Turbo di Colombia, berhampiran Darien Gap, kawasan hutan disempadan Colombia-Panama, sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS). - Foto AFP
Kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI), kebanyakannya dari Venezuela, menaiki bot di bandar pelabuhan Turbo di Colombia, berhampiran Darien Gap, kawasan hutan disempadan Colombia-Panama, sebelum meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS). - Foto AFP

PATI maut selepas kapal karan di Panama

PANAMA CITY: Sebuah bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) terbalik di luar pantai Caribbean, Panama semalam dan mengakibatkan kematian yang masih belum diketahui jumlahnya, kata pihak berkuasa.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari utara menuju ke Amerika Syarikat (AS).

Kapal itu dipercayai karam pada waktu subuh berhampiran hutan terkenal di Darien Gap, lokasi yang menjadi laluan utama bagi PATI tahun lagi bagi dari Amerika Selatan ke AS.

Menurut polis sempadan, peronda dihantar untuk mencari mangsa, termasuk kemungkinan ada mangsa atau penyeludup manusia terselamat, selepas maklumat diterima mengenai penemuan mayat PATI.

Rangkaian televisyen TVN melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat orang daripada kira-kira 25 penumpang maut, namun belum ada laporan rasmi mengenainya.

"Buat masa ini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa yang terselamat atau kewarganegaraan mereka.

"Kami juga tidak pasti berapa ramai orang yang berada di atas bot itu kerana ia adalah aktiviti haram pemerdagangan manusia," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Sempadan Kebangsaan kepada AFP.

Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara, perairan di mana bot itu terbalik adalah laluan yang amat sukar, susulan ombak deras, arus kuat dan angin kencang.

Beribu-ribu pendatang Amerika Selatan, terutama warga Venezuela, melalui Panama dalam perjalanan berbahaya ke utara itu menuju ke sempadan AS.

Kebanyakan mereka memasuki negara itu melalui hutan Darien dengan berjalan kaki dari Colombia dan kemudian meneruskan perjalanan melalui seluruh Amerika Tengah dan Mexico.

Menurut kerajaan Panama, tahun lalu, kira-kira 520,000 pendatang memasuki Panama melalui Darien Gap, termasuk kira-kira 120,000 kanak-kanak bawah umur.

Kebanyakan mereka yang berani menyeberang perairan itu mengambil masa sehingga enam hari kerana ingin lari dari kesengsaraan ekonomi di Venezuela.

Pihak berkuasa Panama pada September lalu mengumumkan pelbagai langkah untuk membendung lonjakan penghijrahan, termasuk peningkatan pengusiran orang yang memasuki negara itu secara haram.

Pendatang berdepan pelbagai kesukaran termasuk perlu meredah sungai, haiwan liar, dan kumpulan penjenayah yang ganas di dalam hutan. - AFP

Berita Harian X