Sabtu, 3 Februari 2024 | 4:43pm
Mark Zuckerberg. - Foto REUTERS
Mark Zuckerberg. - Foto REUTERS

Mark Zuckerberg duduki tempat keempat manusia terkaya di dunia

ISTANBUL: Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Meta Platforms pada Jumaat melonjak ke tempat keempat dalam senarai manusia terkaya di dunia.

Menurut the Forbes Real-Time Billionaires List, nilai kekayaan bersih Zuckerberg meningkat sebanyak AS$27.6 bilion atau 19.88 peratus, mencecah AS$167 bilion, lapor Agensi Anadolu.

Nilai kekayaan Zuckerberg, 39, mengatasi pengasas bersama Microsoft Bill Gates, tokoh pelaburan Warren Buffett dan pengasas bersama Oracle Larry Ellison.

Pengasas Amazon, Jeff Bezos kini di tempat ketiga dengan kekayaan bernilai hampir AS$194 bilion, manakala CEO SpaceX, Tesla dan X Elon Musk (AS$198 bilion) berada di tempat kedua.

Bernard Arnault, 74, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton, mendahului senarai itu dengan kekayaan sebanyak AS$212 bilion. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X