Selasa, 9 Januari 2024 | 10:35am
Tangkap layar daripada video edaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Akhbar Presiden Ecuador yang menunjukkan Presiden Ecuador, Daniel Noboa mengumumkan keadaan darurat untuk seluruh negara, termasuk sistem penjara, berikutan ketua kumpulan dadah terbesar lari dari penjara di Guayaquil, Quito, semalam. -AFP
Tangkap layar daripada video edaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Akhbar Presiden Ecuador yang menunjukkan Presiden Ecuador, Daniel Noboa mengumumkan keadaan darurat untuk seluruh negara, termasuk sistem penjara, berikutan ketua kumpulan dadah terbesar lari dari penjara di Guayaquil, Quito, semalam. -AFP

Ecuador isytihar darurat di tengah huru-hara penjara

QUITO: Presiden Ecuador, Daniel Noboa, semalam, mengisytiharkan darurat selama 60 hari, sehari selepas banduan paling dikehendaki negara itu hilang dari penjara, tempat dia ditahan.

Keadaan kecemasan adalah antara ujian keselamatan besar pertama bagi Noboa, seorang ahli perniagaan muda yang memegang jawatan pada November dan berjanji untuk membanteras keganasan yang meningkat di negara Amerika Selatan itu.

"Saya baru sahaja menandatangani dekri darurat supaya Angkatan Tentera mendapat semua sokongan politik dan undang-undang untuk tindakan mereka.

"Masanya sudah berakhir apabila banduan pengedaran dadah, pembunuh upahan dan jenayah terancang menentukan kepada kerajaan apa yang perlu dilakukan," kata Noboa.

Agensi penjara Ecuador berkata, terdapat "insiden" pada Isnin di enam penjara yang sesak di negara itu, di mana pertempuran antara kumpulan saingan kerap berlaku dan menyebabkan lebih 400 banduan terkorban sejak 2021.

Pada Ahad, Adolfo Macias, ketua kumpulan penjenayah Los Choneros, hilang dari penjara tempat dia menjalani hukuman 34 tahun.

Keadaan darurat mengerahkan tentera ke jalanan dan ke penjara, sambil menetapkan perintah berkurung pada waktu malam.

Kerajaan terdahulu mengambil jalan keluar dalam beberapa tahun kebelakangan ini kepada keadaan darurat dalam usaha meningkatkan keselamatan, tetapi tanpa hasil yang besar. -REUTERS

Berita Harian X