Sabtu, 6 Januari 2024 | 5:05pm
Alaska Airlines Penerbangan 1282, yang menuju ke Ontario, selamat kembali di Portland dengan 171 penumpang dan enam anak kapal. - Foto AGENSI
Alaska Airlines Penerbangan 1282, yang menuju ke Ontario, selamat kembali di Portland dengan 171 penumpang dan enam anak kapal. - Foto AGENSI

Penerbangan Alaska Airlines membuat pendaratan kecemasan selepas isu tekanan

WASHINGTON: Pesawat Alaska Airlines yang membawa 177 penumpang termasuk anak kapal terpaksa melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Menurut syarikat penerbangan itu, ia selepas ada penumpang yang mengadu panel tingkat pesawat berkenaan tercabut selepas pesawat berlepas dari lapangan terbang.

Terdahulu, penerbangan 1282 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland sekitar jam 5 petang sebelum, sebelum ia mendarat semula dalam keadaan selamat.

Ia selepas anak kapal melaporkan berlaku isu tekanan membabitkan pesawat berkenaan, demikian penjelasan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) di platform media sosial X.

Terdapat imej yang dikongsikan di media sosial memaparkan panel tingkat pesawat diterbangkan, dengan topeng oksigen kecemasan tergantung di siling pesawat berkenaan.

Seorang penumpang, Kyle Rinker, ketika ditemubual CNN berkata tingkap pesawat itu tercabut tidak lama selepas berlepas.

Seorang lagi penumpang, Vi Nguyen, memberitahun The New York Times, dia terkejut mendengar bunyi kuat semasa penerbangan.

"Saya buka mata dan benda pertama saya lihat adalah topeng oksigen betul-betul di hadapan saya.

"Saya lihat kira dan kanan, dinding sebelah pesawat telah hilang. Perkara pertama saya fikir ialah, saya akan mati," katanya.

Sehubungan itu, FAA dan syarikat Alaska Airlines memaklumkan mereka sedang menyiasat kejadian itu.

Menurut kenyataan Alaska Airlines, pesawat itu selamat mendarat kembali di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland dengan 171 penumpang dan enam anak kapal.

"Walaupun kejadian ini jarang berlaku, namun kru penerbangan kami terlatih dan bersedia menguruskan keadaan dengan selamat," kata syarikat berkenaan.

Mengikut laman web pengesanan penerbangan FlightAware, pesawat Boeing 737 Max 9 itu berlepas pada 5.07 petang, menuju ke Ontario, California, sebelum terpaksa kembali semula ke lapangan terbang sama kira-kira 20 minit kemudian.

Pesawat Boeing 737 Max 9 itu berlepas pada 5:07 petang, menuju ke Ontario, California, sebelum kembali ke lapangan terbang kira-kira 20 minit kemudian, menurut laman web pengesanan penerbangan FlightAware.

Menurut laman web pendaftaran FAA, pesawat itu disahkan layak terbang pada Oktober.

Menerusi catatan di platform X, syarikat Boeing berkata pihaknya sedan mengumpul lebih banyak maklumat, malah pasukan teknikalnya bersedia untuk membantu siasatan. - AFP

Berita Harian X