Sabtu, 6 Januari 2024 | 8:21am
Gambar hiasan. - Foto NSTP
Gambar hiasan. - Foto NSTP

Virus BA.2.86, sub varian COVID-19 JN.1 catat penularan tertinggi global

WASHINGTON: Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan, sub varian COVID-19 JN.1 mencatat penularan global tertinggi sekarang termasuk di AS.

Katanya, rekod menunjukkan sub varian BA.2.86 COVID-19 JN.1 itu menjadi punca 62 peratus kes coronavirus di AS setakat 5 Januari.

Ia juga dikenal pasti sebagai varian dominan di Eropah dan mencatatkan peningkatan ketara di Asia, kata CDC.

Agensi itu juga mendapati kadar peningkatan tinggi penularan JN.1 dalam kalangan pengembara antarabangsa dan pada sisa kumbahan di sebahagian besar wilayah di serata dunia.

Julat kadar kes antara 55 hingga 68 peratus menandakan peningkatan berbanding unjuran awal prevalen antara of 39 hingga 50 peratus kes di AS, seperti mana diramalkan CDC setakat 23 Disember lalu.

Menurut CDC lagi, buat masa sekarang tiada bukti menunjukkan JN.1 menyebabkan jangkitan yang lebih teruk dan vaksin sedia ada sudah cukup berkesan bagi menanganinya.

COVID-19 dan kemasukan ke hospital meningkat 20.4 peratus pada minggu berakhir 30 Disember, berdasarkan data CDC.

Bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan JN.1 sebagai 'varian berkepentingan' tetapi menegaskan bukti menunjukkan risikonya terhadap kesihatan umum adalah rendah. - REUTERS

Berita Harian X