Isnin, 1 Januari 2024 | 3:13pm
Kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Gerald R Ford. - Foto NATO
Kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Gerald R Ford. - Foto NATO

Sebuah kapal pengangkut pesawat AS tinggalkan perairan Asia Barat

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersedia membawa pulang salah sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang ditempatkan di perairan Asia Barat sejak perang Israel-Palestin bermula pada 7 Oktober lalu.

ABC News melaporkan, pengangkut pesawat tempur, USS Gerald Ford, akan meninggalkan rantau itu selepas lebih dua bulan berada di Laut Mediterranean.

Berdasarkan laporan pada Ahad, Kapal berkenaan akan pulang pangkalannya di Norfolk, Virginia, bagi bersedia untuk tugasan seterusnya, seperti mana i dijadualkan pada November lalu.

Kapal berkuasa nuklear itu umpama sebuah bandar terapung dengan lebih 4,000 anak kapal bersama lapan skuadron pesawat tempur, yang menjadi simbol kekuatan AS membantu Israel selepas serangan hamas pada 7 Oktober lalu.

Sebuah lagi kapal pengangkut, USS Dwight Eisenhower, kini berada di Teluk Aden, berhampiran Yaman, bagi mencegah serangan pemberontak Houthi terhadap kapal dagang dan akan kekal di perairan Asia Barat buat masa sekarang.

Menurut laporan akhbar yang memetik seorang pegawai AS, walaupun USS Gerald Ford sudah dibawa pulang, AS masih mengekalkan 'kekuatan ketenteraan yang tinggi di rantau itu' dan mampu menambah keupayaan itu pada bila-bila masa. - AGENSI

In this photo obtained from the US Department of Defense, the aircraft carriers Gerald R. Ford (L, front) and Dwight D. Eisenhower (R, front) and ships in their Strike Groups sail in formation in the Mediterranean Sea, on November 3, 2023. (Jacob Mattingly/US Department of Defense/AFP)

Berita Harian X