Jumaat, 8 Disember 2023 | 2:09pm
Satu keluarga tiba di hospital Nasser di Khan Yunis selepas rumah mereka di selatan Gaza dibom Israel. - Foto AFP
Satu keluarga tiba di hospital Nasser di Khan Yunis selepas rumah mereka di selatan Gaza dibom Israel. - Foto AFP

UNGA guna pakai lima resolusi memihak Palestin

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengguna pakai lima resolusi memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan perpaduan global dan sokongan terhadap pelbagai aspek perjuangan Palestin yang berterusan.

Resolusi pertama adalah berkaitan menangani bantuan kepada pelarian Palestin, manakala resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), menurut agensi berita Palestin WAFA.

Resolusi ketiga, tambahnya, membabitkan harta pelarian Palestin dan pendapatan yang diperoleh daripada mereka dan resolusi keempat ialah menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan Syria yang diduduki.

Resolusi kelima pula, berkaitan aktiviti Jawatankuasa Khas Menyiasat Amalan Israel Menjejaskan Hak Asasi Manusia Rakyat Palestin dan Orang Arab Lain di Wilayah yang Diduduki.

Wakil Tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Riyad Mansour, melahirkan penghargaan atas peningkatan sokongan dan perpaduan antarabangsa yang semakin meningkat, khususnya berkaitan isu pelarian Palestin, lapor WAFA. – BERNAMA-WAFA

Berita Harian X