Ahad, 26 November 2023 | 10:13am
Konvoi trak membawa bahan api dan bantuan kemanusiaan bergerak memasuki daerah Zeitoun, Bandar Gaza. - Foto AFP
Konvoi trak membawa bahan api dan bantuan kemanusiaan bergerak memasuki daerah Zeitoun, Bandar Gaza. - Foto AFP

61 trak bantuan kemanusiaan memasuki utara Gaza - PBB

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) berkata semalam said 61 trak membawa bekalan perubatan, makanan dan air berjaya dihantar ke utara Gaza berikutan pemberhentian sementara perang.

Sejumlah 200 lagi trak dihantar ke Semenanjung Gaza dari from Nitzana, Israel, menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB dalam satu kenyataan, dengan 187 sudah melepasi sempadan menjelang petang semalam.

Sejumlah 11 ambulans, tiga bas mini dan trak dihantar ke hospital Al-Shifa, yang menyaksikan pertempuran sengit sejak kebelakangan ini, bagi membantu proses pemindahan.

"Lebih lama pemberhentian perang, lebih banyak bantuan dapat dihantar oleh agensi kemanusiaan memasuki Gaza," katanya yang turut berterima kasih kepada Palestin dan kumpulan Bulan Sabit Merah Mesir.

Sehari sebelum pemberhentian sementara perang antara Hamas-Israel berkuatkuasa bagi memudahkan penukaran tebusan untuk tahanan, sejumlah 137 trak menghantar bantuan ke Gaza, menurut PBB.

Trak Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin bersedia membawa bantuan kemanusiaan ke utara Gaza. - Foto REUTERS
Trak Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin bersedia membawa bantuan kemanusiaan ke utara Gaza. - Foto REUTERS

"Kami mengalu-alukan pembebasan lebih ramai tebusan dan memperbaharui gesaan kami supaya semua tebusan dan tahanan dibebaskan segera tanpa syarat, sekali gus memberi kelegaan kepada keluarga mereka," kata OCHA.

Pertukaran banduan untuk tebusan berterusan sehingga awal pagi tadi, dengan hamas dijangka membebaskan 50 tebusan sepanjang empat hari pemberhentian sementara perang, bagi 150 tahanan Palestin, di bawah perjanjian diusahakan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

Pejuang Hamas menculik kira-kira 240 tebusan apabila menyerang Gaza pada 7 Oktober lalu, mengorbankan sekitar 1,200 mangsa, menurut pihak berkuasa Israel.

Susulan itu, Israel melancarkan serangan balas paling berdarah dalam sejarah dengan tembakan mortar, artileri dan serangan dari laut, udara serta darat bagi menghapuskan Hamas, menyebabkan lebih 15,000 mangsa terbunuh, kebanyakannya orang awam. - AFP

Berita Harian X