WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di California, Amerika Syarikat pada Rabu.
Penembak turut terbunuh dalam kejadian yang berlaku di bar Cook's Corner yang terletak di Trabuco Canyon, Orange County, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan polis.
Lima lagi mangsa mengalami luka akibat tembakan dan dibawa ke hospital berdekatan. – BERNAMA-ANADOLU