Ahad, 16 Julai 2023 | 3:46pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Gempa bumi magnitud 7.4 landa wilayah Semenanjung Alaska

JUNEAU: Amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda luar pesisir pantai Alaska.

Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) pada pagi ini mengeluarkan amaran tahap merah selepas gempa bumi kuat itu.

Katanya gegaran dikesa pada kedalaman 9.3 kilometer (km).

Pada masa sama, Balai Cerap Gunung Berapi Alaska juga mengeluarkan notis ancaman untuk gunung berapi Shishaldin selepas ia melepaskan kepulan asap yang tebal.

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat turut mengeluarkan notis amaran itu susulan gempa bumi yang melanda pada awal Ahad. - REUTERS

Berita Harian X