Selasa, 16 Mei 2023 | 1:11pm
 Foto hiasan/REUTERS
Foto hiasan/REUTERS

Sekurang-kurangnya tiga maut di New Mexico, AS

TORONTO: Sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh dalam kejadian tembakan besar-besaran di New Mexico, Amerika Syarikat pada Isnin.

Suspek berjaya ditembak mati pegawai polis dari Jabatan Polis Farmington, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan jabatan polis.

Identiti suspek masih belum dikenal pasti dan tiada ancaman lain diketahui buat masa ini, menurut kenyataan itu.

"Dua pegawai polis yang turut cedera terkena tembakan, kini dirawat di Pusat Perubatan Wilayah San Juan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X