WASHINGTON: Presiden Joe Biden mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya 2024 dengan pemimpin berusia 80 tahun itu berkata dia 'mahu menyelesaikan tugas' di Rumah Putih.
"Setiap generasi mempunyai detik di mana mereka terpaksa membela demokrasi.
"Untuk mempertahankan kebebasan asasi mereka, saya percaya ini adalah milik kita.
"Itulah sebabnya saya bertanding pada pemilihan semula sebagai presiden Amerika Syarikat (AS). Sertai kami. Mari kita selesaikan kerja itu," tulis Biden di Twitter bersama dengan video.
Selain Biden, bekas presiden, Donald Trump yang didakwa atas kesalahan jenayah di New York, juga berikrar untuk tidak menarik diri daripada bertanding bagi merebut jawatan itu sekali lagi.
Anak saudara kepada bekas Presiden AS John F Kennedy, Robert F Kennedy Jr, mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden 2024.
Selain itu, bekas Gabenor Arkansas, Asa Hutchinson juga mengumumkan pencalonannya untuk bertanding pada pemilihan presiden AS 2024.
Turut mengumumkan akan menyertai pemilihan presiden AS termasuk bekas Gabenor Carolina Selatan yang juga Duta Besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Nikki Haley serta usahawan Vivek Ramaswamy.
Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 November 2024. - Foto AFP
- AFP