NEW YORK: Anak saudara kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) John F Kennedy, Robert F Kennedy Jr, mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden 2024.
Beliau mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan untuk bertanding atas tiket Demokrat, lapor Agensi Anadolu.
Dikenali sebagai aktivis antivaksin, beliau muncul sebagai calon kedua daripada Demokrat menyertai perlumbaan merebut jawatan Presiden AS yang dipegang Joe Biden ketika ini.
Bekas Presiden, Donald Trump; bekas Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley; bekas Gabenor Arkansas, Asa Hutchinson; dan usahawan jutawan, Vivek Ramaswamy, ialah antara calon daripada Republikan yang akan turut bersaing. – BERNAMA-ANADOLU