Isnin, 3 April 2023 | 8:09am
People work to remove a tree that fell onto a home, in the aftermath of a tornado, after a monster storm system tore through the South and Midwest on Friday, in Little Rock, Arkansas, U.S. April 2, 2023. REUTERS/Cheney Orr

Angka korban puting beliung di AS meningkat kepada 29

MEMPHIS: Angka korban akibat ribut yang mencetuskan puting beliung di wilayah selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada sekurang-kurangnya 29 sepanjang hujung minggu lalu.

Di Memphis, Tennessee, dua kanak-kanak dan seorang dewasa ditemukan maut Sabtu lalu, selepas beberapa pokok menghempap kawasan perumahan akibat ribut, kata Jabatan Polis Memphis.

Di daerah County di Tennessee, Jabatan Sumber Asli melaporkan dua lagi individu ditemukan maut di kawasan perkhemahan Taman Negeri Creek McCormick di Indiana, sekali gus menambah angka kematian daripada tujuh sebelum ini.

Selain itu, 15 lagi kematian turut direkodkan akibat ribut berkenaan yang mencetus puting beliung di beberapa kawasan, antaranya Arkansas, Illinois, Indiana, Delaware, Mississippi dan Alabama, menyebabkan puluhan penduduk cedera dan bangunan musnah atau rosak.

Pemandangan udara rumah yang musnah akibat puting beliung di Little Rock, Arkansas. - Foto REUTERS
Pemandangan udara rumah yang musnah akibat puting beliung di Little Rock, Arkansas. - Foto REUTERS

Imej satelit menunjukkan gambaran keseluruhan laluan puting beliung di Little Rock, Arkansas. - Foto REUTERS
Imej satelit menunjukkan gambaran keseluruhan laluan puting beliung di Little Rock, Arkansas. - Foto REUTERS

Semalam, Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan darurat bencana di Arkansas, sekali gus mengarahkan bantuan Persekutuan dikerahkan bagi membantu pemulihan wilayah itu.

Kenyataan itu memaklumkan, Biden dan isteri, Jill Biden mendoakan mangsa yang terkesan dengan ribut terbabit dan mengarahkan beberapa agensi Persekutuan untuk membantu memenuhi keperluan dan pemulihan jangka panjang.

"Kami maklum bahawa keluarga seluruh AS berduka cita dengan pemergian insan tersayang, menunggu berita mengenai mereka yang masih bertarung nyawa dan menyelongkar sisa runtuhan rumah serta perniagaan masing-masing," katanya.

Semalam, Pusat Ramalan Ribut Nasional AS mengeluarkan amaran cuaca amat buruk di beberapa kawasan di utara dan timur laut Texas serta sekitar Dallas dan Fort Worth, termasuk hujan batu, angin kencang dan puting beliung yang kuat.

Pusat itu turut meramalkan amaran cuaca amat buruk, termasuk ribut petir, di kebanyakan wilayah barat tengah AS antara Chicagodan Little Rock, Arkansas esok. - REUTERS

Sukarelawan menyusun barang untuk keperluan mangsa ribut di Gereja Emmanuel Baptist di Little Rock, Arkansas. - Foto REUTERS
Sukarelawan menyusun barang untuk keperluan mangsa ribut di Gereja Emmanuel Baptist di Little Rock, Arkansas. - Foto REUTERS

Berita Harian X