Sabtu, 28 Januari 2023 | 9:23am
Satu memorial kepada pegawai polis Capitol Brian Sicknick yang wujudkan di bangunan Capitol AS, Washington. - Foto REUTERS
Satu memorial kepada pegawai polis Capitol Brian Sicknick yang wujudkan di bangunan Capitol AS, Washington. - Foto REUTERS

Lelaki serang pegawai polis Capitol AS dijatuhi hukuman penjara 80 bulan

WASHINGTON: Lelaki yang melakukan serangan semburan lada ke atas pegawai polis Capitol Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia sehari selepas rusuhan 6 Januari 2021, dijatuhi hukuman penjara 80 bulan, dengan ditolak masa yang telah dijalani dalam tahanan ketika perbicaraan.

Julian Khater, 32, mengaku bersalah menggunakan semburan lada terhadap Brian Sicknick dan dua pegawai lain, memberitahu Hakim Daerah AS, Thomas Hogan tindakan terburu-buru hari itu bukan sifatnya sebenar.

"Saya telah membuat setiap perubahan untuk memperbaiki diri saya sebagai seorang manusia.

"Saya tiada kata-kata untuk menjelaskan apa yang berlaku pada 6 Januari, Saya harap saya boleh putarkan masa untuk mengubahnya," kata Khater.

Sicknick meninggal dunia akibat strok pada keesokan harinya.

Walaupun pemeriksa perubatan, Francisco J. Diaz, mengaitkan kematian Sicknick dengan sebab semula jadi, beliau memberitahu Washington Post bahawa beliau percaya semua yang berlaku pada 6 Januari 2021, memainkan peranan dalam kematiannya.

Beribu-ribu penyokong Donald Trump menyerbu Capitol hari itu dalam usaha untuk membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya.

George Tanios, 41, dari Morgantown, Virginia Barat, yang pergi ke Washington bersama Khater dan membekalkan agen kimia yang digunakan Khater, mengaku bersalah tahun lalu atas tuduhan salah laku yang lebih ringan kerana berkelakuan tidak senonoh atas alasan terhad.

Hukumannya masih diteruskan di mahkamah persekutuan di Washington.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam belanya sedang berusaha untuk menolak tempoh masa untuk lima bulan lebih dia berkhidmat dalam tahanan praperbicaraan. - REUTERS

Berita Harian X