Selasa, 10 Januari 2023 | 8:35am
Anggota pasukan keselamatan Peru cuba mengawal penunjuk perasaan yang menuntut pengunduran Presiden Dina Boluarte. Sekurang-kurangnya 12 orang maut ketika penunjuk perasaan anti-kerajaan yang cuba menyerbu ke lapangan terbang bertempur dengan anggota pasukan keselamatan. - Foto AGENSI

12 maut akibat protes di Peru

LIMA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut di Peru ketika penunjuk perasaan anti-kerajaan yang cuba menyerbu ke lapangan terbang bertempur dengan anggota pasukan keselamatan, kata pegawai.

Keganasan berlaku di bandar tenggara Juliaca, di wilayah Puno, kata seorang pegawai di pejabat ombudsman tempatan kepada AFP.

Pejabat berkenaan memberi angka kematian awal sebanyak sembilan orang.

Penunjuk perasaan menuntut pengunduran Presiden Dina Boluarte, yang mengambil alih jawatan selepas penyingkiran dan penahanan presiden ketika itu, Pedro Castillo pada 7 Disember lalu.

Pemecatan Castillo selepas dia cuba membubarkan kongres dan mula memerintah melalui dekri, mencetuskan pertempuran selama beberapa minggu di seluruh negara yang dilanda ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun itu.

Penunjuk perasaan berang dengan penyingkiran Castillo yang berhaluan kiri mahu Boluarte meletakkan jawatan dan mahu pilihan raya baharu diadakan dengan segera.

Juliaca, yang terletak di wilayah Puno di sempadan dengan Bolivia, menjadi sarang protes anti-kerajaan.

Mogok terbuka sudah diisytiharkan di kawasan pada 4 Januari lalu. - AFP

Berita Harian X