Sabtu, 7 Januari 2023 | 3:47pm
Speaker Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy, yabng juga wakil dari California, menunjukkan papan tanda tertera nama dan jawatannya selepas mengangkat sumpah sebagai Speaker Ke-118 kongres Amerika Syarikat, di Washington. - Foto AP
Speaker Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy, yabng juga wakil dari California, menunjukkan papan tanda tertera nama dan jawatannya selepas mengangkat sumpah sebagai Speaker Ke-118 kongres Amerika Syarikat, di Washington. - Foto AP

Akhirnya McCarthy dilantik Speaker Dewan Perwakilan AS

WASHINGTON: Kevin McCarthy akhirnya dipilih menjadi Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), sekali gus menamatkan persengketaan pemilihan selama beberapa hari sidang Kongres diadakan.

McCarthy dilaporkan sentiasa mendahukui untuk mengetuai Dewan pimpinan Republikan, tetapi kemenangannya disabotaj oleh pemberontakan sayap kanan dalam partinya sendiri, yang melanjutkan pertandingan kepada 15 pusingan pengundian bersejarah.

Speaker mempunyai pengaruh besar di Washington dengan mengetuai sidang Dewan Perwakilan dan berada di barisan kedua bagi menggantikan jawatan presiden, selepas naib presiden.

McCarthy mengharapkan nasib menyebelahinya pada pusingan ke-14 semalam, tetapi mengalami kekalahan mengejut yang dicemari pergaduhan dalam kalangan anggota Republikan, menyaksikannya kalah tipis satu undi daripada 400 undian yang dibuat.

Ketika Matt Gaetz mengundi 'hadir' untuk tidak menyokong McCarthy, pemimpin Republikan yang kecewa itu pergi untuk bersemuka dengan Gaetz, yang juga ahli Parlimen Florida.

Tindakan Gaetz menuding jari ke arah McCarthy, yang mula berundur menyebabkan wakil Alabama, Mike Rogers meluru ke arah Gaetz sehingga terpaksa ditahan daripada menyerang Gaetz.

Parti Republikan, yang memegang majoriti tipis, terperangkap dalam peperangan dalaman apabila McCarthy gagal memenangi majoriti dalam beberapa undi, dengan kira-kira 20 penyokong tegar konservatif menghalang laluannya sejak Selasa lalu.

Tetapi warga California berusia 57 tahun itu mampu meraih lebih daripada 12 undi dalam kalangan 'pembelot' menerusi dua pusingan pengundian petang semalam, selepas menawarkan konsesi besar.

Susulan itu, dengan penuh semangat, McCarthy meramalkan beliau akan menang pada pusingan ke-14 tetapi berdepan penghinaan dan hanya meraih kemenangannya pada pusingan ke-15.

"Saya ingat apa yang dikatakan ayah saya iaitu bukan bagaimana anda bermula menjadi isu, tetapi bagaimana anda menamatkannya.

"Dan sekarang kita perlu menyelesaikannya untuk memenuhi sapirasi rakyat AS," katanya.

Pemilihan Speaker kali i i menyaksikan pusingan undian yang paling banyak berbanding mana-mana pemilihan Speaker sejak Perang Saudara. - AFP

Berita Harian X