Sabtu, 3 Disember 2022 | 12:15pm
Gambar hiasan. - Foto REUTERS
Gambar hiasan. - Foto REUTERS

Lebih 60 peratus jangkitan di AS babit subvarian baharu COVID-19

LOS ANGELES: Lebih 60 peratus kes baharu COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) minggu ini adalah membabitkan jangkitan subvarian Omicron yang baharu, BQ.1 dan BQ.1.1.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan BQ.1.1 merangkumi 31.9 peratus varian yang menular minggu, manakala BQ.1 membabitkan 30.9 peratus kes.

Dua varian itu datang daripada subvarian Omicron BA.5, yang mana kedua-dua subvarian baharu itu menggantikan BA.5 sebagai strain paling dominan di AS selepas jangkitan BA.5 hanya membabitkan 13.8 peratus kes baharu.

CDC turut mengesan satu lagi varian baharu COVID-19 yang membimbangkan dikenali sebagai XBB, yang semakin menular dan merangkumi 5.5 peratus jangkitan baharu di seluruh AS.

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), XBB tidak menyebabkan jangkitan lebih teruk berbanding subvarian Omicron yang lain, namun wujud bukti menunjukkan XBB memiliki risiko jangkitan lebih tinggi. - AGENSI

Berita Harian X