Rabu, 23 November 2022 | 3:23pm
Keadaan helikopter yang terhempas di Lebuhraya Interstate 77 South di Charlotte, AS. - Foto AP
Keadaan helikopter yang terhempas di Lebuhraya Interstate 77 South di Charlotte, AS. - Foto AP

Pakar meteorologi TV, juruterbang maut dalam nahas helikopter

CHARLOTTE: Seorang juruterbang dan pakar meteorologi maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di lebuh raya Charlotte, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Ketika kejadian, pakar meteorologi terbabit sedang bersiap sedia membuat liputan untuk stesen televisyen North Carolina, WBTV.

Petugas stesen berkenaan membuat pengesahan mangsa tiga jam selepas kejadian berlaku.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai pakar meteorologi Jason Myers dan juruterbang Chip Tayag.

Nahas berlaku di Lebuhraya Interstate 77.

Menurut Ketua Polis Charlotte-Mechlenburg, Johnny Jennings, tiada kenderaan lain terbabit dalam kejadian itu.

Jelasnya, saksi kejadian memberitahu juruterbang berkenaan berjaya mengelak kawasan sesak lebuh raya terbabit sebelum terhempas. - AP

TV meteorologist, pilot die in news helicopter crash

Berita Harian X