Rabu, 23 November 2022 | 3:03pm
Polis sedang menyiasat di keseluruhan bangunan Walmart di mana beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan lewat semalam. - Foto AP
Polis sedang menyiasat di keseluruhan bangunan Walmart di mana beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan lewat semalam. - Foto AP

Beberapa orang terbunuh, cedera dalam kejadian tembakan di pasar raya AS

WASHINGTON: Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan lewat semalam di sebuah Walmart di Chesapeake, Virginia, lapor Xinhua.

Panggilan mengenai kejadian itu diterima jam 10:12 malam (waktu tempatan), menurut polis Chesapeake.

Jumlah kematian dan kecederaan masih belum jelas. Lelaki bersenjata itu dikatakan telah meninggal dunia.

Ramai anggota polis dilaporkan berada di luar pasar raya serta berpuluh-puluh kenderaan kecemasan juga dilihat di tempat kejadian.

Polis sedang menyiasat di keseluruhan bangunan Walmart dan orang ramai diminta mengelak dari kawasan berkenaan. - BERNAMA

Berita Harian X