Khamis, 17 November 2022 | 9:05am
Rumah Perwakilan Amerika Syarikat (AS) di Capitol Hill, Washington. - Foto AP
Rumah Perwakilan Amerika Syarikat (AS) di Capitol Hill, Washington. - Foto AP

Republikan menang tipis pemilihan Dewan Perwakilan AS

WASHINGTON: Republikan berjaya menguasai pemilihan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam, mengembalikan kuasa kepada golongan konservatif.

Kemenangan itu juga membantutkan hasrat Presiden AS, Joe Biden, untuk melancarkan beberapa penyiasatan terutama membabitkan tindakan anggota Republikan.

Namun, perbezaan undi yang tipis mungkin menyukarkan keupayaan anggota Republikan untuk menguruskan Dewan Perwakilan dengan lancar.

Selepas lebih seminggu pemilihan pertengahan penggal pada 8 November, Republikan berjaya meraih 218 kerusi bagi menang dengan majoriti mudah di Dewan Perwakilan untuk menguasai Kongres.

Keputusan muktamad mungkin tidak jelas sehingga kiraan undi selesai dalam tempoh beberapa hari lagi, namun Demokrat dijangka hanya meraih sekurang-kurangnya 210 kerusi tetapi tidak lebih 217 kerusi.

Secara keseluruhan, Dewan Perwakilan merangkumi 435 kerusi manakala Senat mempunyai 100 kerusi, yang majoritinya dimenangi Demokrat.

Namun, kemenangan Dewan Perwakilan sudah pasti di tangan Republikan meskipun ia kemenangan paling tipis pada abad ini, berbanding majoriti sembilan kerusi bagi Republikan pada 2001.

Bagaimanapun, kemenangan Republikan ini sudah tentu memberikan kelebihan ketika populariti Biden semakin berkurangan.

Dengan perkembangan terbaru itu, ketua Republikan di Rumah Perwakilan, Kevin McCarthy, dijangka dilantik sebagai Speaker, malah Biden sudah pun mengucapkan tahniah kepada beliau.

Ramai dalam kalangan anggota Republikan sendiri menuduh bekas presiden AS, Donald Trump, sebagai punca parti itu hanya mendapat kemenangan tipis kali.

Ini kerana Trump, yang mengumumkan pencalonan untuk pemilihan presiden AS pada 2024, masih mempertikaikan keputusan pemilihan presiden pada 2020 dan sering memperkecilkan tindakan penyokongnya menyerbu bangunan Capitol di Washington.

Bagaimanapun, kemenangan Republikan membolehkan mereka menguasai jawatankuasa utama, memberikan kuasa bagi menggubal undang-undang penting.

malah, Republikan juga boleh melancarkan siasatan terhadap Biden dan keluarganya, terutama pembabitan anak sulung Biden, Hunter, dalam perniagaan di luar luar negara terutama jualan senjata. - AP .

Berita Harian X