Isnin, 14 November 2022 | 8:30pm
Polis melakukan siasatan di kampus Universiti Virginia. - The Daily Progress via AP
Polis melakukan siasatan di kampus Universiti Virginia. - The Daily Progress via AP

3 maut, 2 cedera insiden tembakan di kampus universiti

WASHINGTON: Tiga maut, manakala dua lagi cedera dalam satu insiden tembakan di kampus Universiti Virginia, semalam.

Polis universiti mengenal pasti suspek ialah seorang pelajar dikenali sebagai Christopher Darnell Jones yang masih bebas dan disifatkan berbahaya kerana bersenjata.

Susulan itu, beberapa agensi sedang giat memburu suspek.

Menurut pihak berkuasa, Jones digambarkan memakai jaket merah pekat (burgundy), seluar jean biru dan kasut merah, selain berkemungkinan memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Satu e-mel dihantar Naib Presiden universiti itu kepada badan pelajar, menyarankan semua pelajar mencari tempat perlindungan yang selamat dan mematuhi arahan berikutan keadaan belum bebas sepenuhnya.

Insiden itu adalah yang terbaru dalam gelombang keganasan senjata api di kampus kolej dan sekolah menengah di Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kejadian pertumpahan darah telah mencetuskan perdebatan mengenai isu sekatan lebih ketat terhadap akses senjata api di AS, berikutan Pindaan Kedua Perlembagaan menjamin hak untuk membawa senjata. - REUTERS

Berita Harian X