Sabtu, 16 Julai 2022 | 11:56pm
Penunggang motosikal melalui sekatan jalan raya menggunakan tayar dibakar oleh penunjuk perasaan ketika kemarahan memuncak kerana kekurangan bahan api yang semakin meningkat akibat keganasan kumpulan, di Port-au-Prince, Haiti, - Foto REUTERS

Lebih 230 maut, cedera keganasan geng bersenjata di Haiti

GENEVA: Keganasan geng bersenjata yang bertempur di Cite Soleil, Haiti, sebuah kawasan kejiranan miskin dan padat penduduk di ibu negara Port-au-Prince, mengakibatkan sekurang-kurangnya 234 orang maut atau cedera dalam tempoh lima hari bermula 8 hingga 12 Julai lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kebanyakan mangsa tidak terbabit secara langsung dalam geng jenayah itu tetapi turut menjadi sasaran.

"Kami juga menerima laporan baharu mengenai keganasan seksual," kata jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB Jeremy Laurence.

Keganasan itu ditambah dengan krisis harga makanan yang melambung tinggi dan kekurangan bahan api menjejaskan keselamatan di bandar berkenaan. - AFP

Berita Harian X