Khamis, 14 Julai 2022 | 8:54am
Penduduk Haiti membakar tayar sebagai protes krisis makanan dan keganasan geng bersenjata di ibu kota Port-au-Prince. - Foto AFP
Penduduk Haiti membakar tayar sebagai protes krisis makanan dan keganasan geng bersenjata di ibu kota Port-au-Prince. - Foto AFP

Krisis makanan, keganasan geng bersenjata akibatkan 89 maut di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Pertempuran geng bersenjata di ibu kota Haiti dalam tempoh seminggu, menyebabkan sekurang-kurangnya 89 maut dan berpuluh lagi cedera, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia.

Keganasan terbaru itu ditambah dengan krisis harga makanan yang melambung tinggi dan kekurangan bahan api menjejaskan keselamatan di bandar berkenaan.

Pergolakan terbaru itu tercetus bermula 7 Julai lalu antara dua kumpulan yang bersaing merebut kawasan di Cite Soleil, kejiranan Port-au-Prince yang miskin dan berpenduduk padat.

"Sekurang-kurangnya 89 terbunuh manakala 16 individu dikatakan hilang," kata Rangkaian Pertahanan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dalam satu kenyataan, sambil menambah 74 orang lagi mengalami luka tembak atau pisau.

Penunjuk perasaan membina sekatan jalan ketika kemarahan memuncak kerana kekurangan bahan api yang semakin meningkat akibat keganasan kumpulan, di Port-au-Prince, Haiti, - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan membina sekatan jalan ketika kemarahan memuncak kerana kekurangan bahan api yang semakin meningkat akibat keganasan kumpulan, di Port-au-Prince, Haiti, - Foto REUTERS

Pertubuhan kemanusiaan antarabangsa itu bekerja keras untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan yang terjejas serta menyediakan rawatan perubatan kepada mangsa.

Ketua misi tempatan Doktor Tanpa Sempadan, Mumuza Muhindo, turut menggesa kumpulan yang bertempur itu membenarkan kakitangan perubatan badan bukan kerajaan itu untuk memasuki Brooklyn, kawasan yang paling terjejas dengan keganasan.

Pegawai polis dan penunjuk perasaan berkumpul di sekitar sekatan jalan yang terbakar semasa protes untuk menuntut keadilan untuk Presiden Jovenel Moise setahun selepas pembunuhannya, di Port-au-Prince, Haiti. - Foto REUTERS

Muhindo berkata, rakan sekerjanya melihat mayat terbakar dan reput di sepanjang jalan menuju ke kawasan kejiranan itu.

"Ia adalah medan perang sebenar...adalah mustahil untuk menganggarkan berapa ramai orang yang telah terbunuh," kata Muhindo. - AFP

Berita Harian X