Sabtu, 9 Julai 2022 | 1:03pm
Gambar hiasan. - Foto REUTERS
Gambar hiasan. - Foto REUTERS

70 peratus jangkitan terkini di AS disahkan subvarian terbaru Omicron

LOS ANGELES: Subvarian terbaru Omicron yang amat mudah berjangkit, BA.4 dan BA.5, kini membentuk lebih 70 peratus jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS), menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS minggu ini.

Subvarian BA.5 menyebabkan 53.6 peratus daripada jangkitan baharu pada minggu berakhir 2 Julai lalu manakala BA.4 dikesan sebagai punca 16.5 peratus jangkitan baharu, menurut data CDC.

Subvarian BA.5 kini menjadi varian dominan di AS dan pakar memberi amaran bahawa varian baharu itu lebih mudah berjangkit.

"Ia mungkin memberi ancaman serius terhadap perlindungan imuniti, termasuk mereka yang sudah menerima dos lengkap vaksin bersama dos penggalak.

"Bagaimanapun, langkah keselamatan kesihatan awam yang diamal pakai sekarang seperti memakai pelitup muka di ruang tertutup, mengelak kawasan ramai orang dan mendapatkan suntikan dos penggalak masih berkesan bagi mencegah BA.4 dan BA.5.

Berita Harian X