Selasa, 17 Mei 2022 | 11:21am
Foto fail AFP
Foto fail AFP

FDA akan benarkan suntikan dos penggalak COVID-19 kanak-kanak

NEW YORK: Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) dijangka membenarkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer/BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Menurut laporan New York Times, syarikat itu mengemukakan permohonan kepada FDA AS untuk mendapatkan kebenaran bulan lalu.

Mereka memetik data daripada kajian pertengahan hingga akhir yang menunjukkan dos ketiga suntikan mereka meningkatkan perlindungan terhadap versi virus asal dan varian Omicron dalam kalangan kanak-kanak dalam kumpulan umur.

Tidak jelas berapa banyak permintaan yang ada untuk dos ketiga dalam kumpulan umur. Hanya 28.8 peratus anak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun diberi vaksin sepenuhnya, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Satu mesyuarat pakar vaksin luar dalam jawatankuasa penasihat kepada CDC dijadualkan pada Khamis, kata laporan itu.

Pfizer, BioNTech dan FDA tidak segera bertindak balas terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan komen. - REUTERS

Berita Harian X