Jumaat, 25 March 2022 | 5:17pm
Gambar diedarkan agensi media rasmi Korae Utara, KCNA< menunjukkan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Hwasongpho-17 dari lokasi rahsia. - Foto AFP
Gambar diedarkan agensi media rasmi Korae Utara, KCNA< menunjukkan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Hwasongpho-17 dari lokasi rahsia. - Foto AFP

UNSC bincang isu peluru berpandu Korea Utara

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan mesyuarat rasmi hari ini bagi membincangkan pelancaran peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini.

Sesi mengenai ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) itu dijadual berlangsung di New York, lapor agensi berita Yonhap.

Korea Selatan turut dijangka menyertai mesyuarat itu bagi menyampaikan pendiriannya meskipun ia bukan anggota UNSC.

Laporan sebelum ini memaklumkan Amerika Syarikat (AS) dan lima anggota majlis keselamatan lain, termasuk Britain dan Perancis, menggesa mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan ujian peluru berpandu Pyongyang.

Korea Utara melancarkan ICBM pada Khamis lalu, menamatkan moratorium kendiri terhadap ujian peluru berpandu jarak jauh yang dilaksanakan sejak akhir 2017.

AS dan sekutunya berulang kali menuntut Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan tambahan ke atas Korea Utara berikutan 10 pelancaran peluru berpandu pada tahun ini, tetapi disekat anggota tetap iaitu China dan Russia dengan menggunakan kuasa veto. - BERNAMA

Berita Harian X