Khamis, 3 Februari 2022 | 10:02pm
Gambar fail menunjukkan risalah menawarkan ganjaran bagi maklumat atau lokasi pemimpin Daesh, Amir Mohammed Said Abd al-Rahman al-Mawla, yang juga dikenali sebagai bu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi. - Foto AFP

Biden dakwa pemimpin Daesh terbunuh dalam serangan AS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hari ini berkata seorang pemimpin Daesh terbunuh dalam serangan tentera AS di Syria.

"Semalam, atas arahan saya, pasukan tentera AS di Syria dengan berjaya melaksanakan operasi anti pengganas bagi melindungi AS dan sekutunya.

"Semua anggota tentera AS yang terbabit dalam operasi ini pulang dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai kanan AS berkata pemimpin Daesh terbabit, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi, meletupkan dirinya ketika operasi tentera AS itu.

"Terima kasih atas kemahiran dan keberanian anggota tentera AS, kita berjaya menumpaskan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi," katanya.

Menurut laporan awal, pemimpin Daesh itu meletupkan bom selepas dikepung tentera AS, menyebabkan kematiannya selain anggota keluarga, termasuk wanita dan kanak-kanak. - REUTERS

Berita Harian X