Rabu, 19 Januari 2022 | 11:07am
Petugas kesihatan menyuntik dos penggalak vaksin COVID-19 di pusat vaksinasi Sport City, bandar raya Mexico. - Foto AFP
Petugas kesihatan menyuntik dos penggalak vaksin COVID-19 di pusat vaksinasi Sport City, bandar raya Mexico. - Foto AFP

Terlalu awal jangkaan pandemik COVID-19 berakhir - Fauci

NEW YORK: Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir, kata Penasihat Utama pandemik Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci.

Pakar penyakit berjangkit AS itu sebaliknya berkata, dunia masih dalam fasa pertama pandemik berkenaan, fasa 'benar-benar pandemik, di mana seluruh dunia benar-benar mendapat kesan negatif.

Beliau berkata demikain ketika berucap secara maya di Forum Ekonomi Dunia Isnin lalu, yang dipetik sebagai berkata oleh The New York Times.

Menurut laporan berita itu, Fauci mengakui bahawa jumlah jangkitan berkaitan varian COVID-19 Omicron boleh memberi kesan bermakna pada imuniti kolektif.

"Namun, ia adalah persoalan terbuka sama ada Omicron akan menjadi vaksin virus hidup yang semua orang harapkan, kerana anda mempunyai banyak kebolehubahan dengan varian baharu yang muncul," kata Fauci.

Data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) A menunjukkan bahawa negara itu mencatatkan 874,087 kes baharu dan 2,596 lagi kematian Jumaat lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes dan jumlah kematian di seluruh negara masing-masing lebih 65 juta kes dan 847,577 orang.

"Kes jangkitan baharu COVID-19 semakin merata di seluruh negara, dengan purata hampir 802,000 sehari, peningkatan sebanyak 98 peratus sejak dua minggu lalu," kata laporan itu. - AGENSI

Berita Harian X