Rabu, 12 Januari 2022 | 9:46am
Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat di Tenggara Brazil, Minas Gerais - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat di Tenggara Brazil, Minas Gerais - Foto AFP

10 maut hujan lebat di Tenggara Brazil

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam akibat hujan lebat di Tenggara Brazil, Minas Gerais dan lebih 13,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, lapor Xinhua.

Antara mangsa yang terbabit, sebuah keluarga yang menaiki kereta di ibu kota wilayah metropolitan Belo Horizonte di sini.

Kejadian tanah runtuh menimbus kereta mangsa yang juga sepasang suami isteri, anak mereka berusia tiga dan enam tahun serta seorang lagi saudara.

Hujan lebat sejak hujung minggu lalu, menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh.

Sebanyak 145 daripada 853 pihak berkuasa tempatan di negeri itu menetapkan situasi kecemasan, manakala lebih 17,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Beberapa sungai di negeri Minas Gerais melimpah akibat hujan lebat, selain ancaman bahaya bahawa beberapa empangan mungkin melimpah.

Sejak awal musim hujan pada Oktober lalu, sekurang-kurang 19 orang terbunuh di negeri berkenaan. - BERNAMA

Berita Harian X