Khamis, 6 Januari 2022 | 1:49pm
Gambar hiasan. - Foto fail EPA
Gambar hiasan. - Foto fail EPA

Belum ada data tunjuk varian IHU membimbangkan - WHO

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum menemui data bahawa varian baharu IHU yang dikesan ketika varian Omicron yang mudah menular menggantikan delta sebagai strain dominan COVID-19, perlu dibimbangkan.

Menurut majalah Forbes, varian B.1.640.2 yang dikenali sebagai "varian IHU" oleh penyelidik Méditerranée Infection University Hospital Institute (IHU) di Marseilles, yang kali pertama mengenal pasti varian itu di Perancis November lalu.

Menurut kajian pada Disember lalu yang belum dikaji semula, penyelidik mengesahkan 12 pesakit diuji positif untuk varian itu yang mengandungi mutasi, di mana ia turut terdapat dalam varian penyebaran cepat yang lain.

Majalah TIME melaporkan, walaupun varian baharu itu ditemui pada masa yang sama dengan Omicron, varian B.1.640.2 tidak dikesan di mana-mana di luar wilayah selatan Alps di Perancis.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, varian B.1.640.2 sudah dikesan tetapi ia tidak dianggap sebagai varian yang menarik perhatian atau varian yang dibimbangi, lapor USA Today.

"Virus berkenaan mempunyai banyak peluang untuk menjangkiti," kata Pengurus Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden COVID-19 WHO, Abdi Mahamud pada taklimat media di Geneva.

Pakar kesihatan berkata, mereka menjangkakan lebih banyak varian akan muncul apabila kes COVID-19 terus meningkat, tetapi tidak akan menarik perhatian. - AGENSI

Berita Harian X