Khamis, 6 Januari 2022 | 10:55am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Data vaksin COVID-19 kanak-kanak bawah 5 tahun April

NEW YORK: Pfizer menjangkakan keputusan terkini daripada ujian klinikal mengenai vaksin COVID-19 yang dibangunkannya bersama firma Jerman, BioNTech SE, bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun akan dikeluarkan menjelang April.

Penyelidik vaksin Pfizer, Dr Alejandra Gurtman, kajian itu sudah diubah untuk memberikan dos ketiga kepada sesiapa yang berusia bawah lima tahun sekurang-kurangnya lapan minggu selepas vaksinasi terakhir mereka.

Beliau berkata demikian di satu mesyuarat Jawatankuasa Penasihat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Pusat-Pusat AS berhubung Amalan Imunisasi (ACIP).

Menurut Dr Gurtman, syarikat itu menyasarkan untuk mendapatkan data bagi kumpulan usia tersebut menjelang hujung Mac atau awal April.

Pada Disember, Pfizer menyatakan ia akan mengubah cara ujian itu dijalankan.

Ini kerana kanak-kanak berusia antara dua dengan empat tahun, yang diberikan dua dos vaksin 3 mikrogram tidak mempunyai tindak balas imun yang sama seperti yang dialami budak yang berusia lebih tua, yang diberikan dos lebih tinggi.

Dr Gurtman juga berkata, syarikat itu sedang mengkaji dos ketiga vaksinnya bagi budak berumur antara lima dengan 11 tahun, enam bulan selepas dos kedua mereka.

Vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan di AS bagi individu berusia lima tahun dan ke atas.

ACIP turut menyokong untuk melaksanakan suntikan dos penggalak vaksin bagi kumpulan usia 12 hingga 15 tahun. - REUTERS

Berita Harian X