Ahad, 2 Januari 2022 | 12:56pm
Anggota Pertahanan Awam Amerika Syarikat (AS) membantu memindahkan seorang pesakit COVID-19 memasuki ambulans di Pusat Perubatan UMass Memorial di Worcester, Massachusetts. - Foto AFP
Anggota Pertahanan Awam Amerika Syarikat (AS) membantu memindahkan seorang pesakit COVID-19 memasuki ambulans di Pusat Perubatan UMass Memorial di Worcester, Massachusetts. - Foto AFP

AS masuk tahun ketiga dengan rekod kes COVID-19 tertinggi

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melepasi beberapa rekod baharu COVID-19 ketika wabak itu memasuki tahun ketiga, dengan pakar kesihatan akan berlaku 'gelombang besar' jangkitan tahun ini.

Negara itu memecahkan rekod kes harian COVID-19 sekali lagi apabila lebih 580,000 kes direkodkan di seluruh negara Khamis lalu, menurut data terkini Universiti Johns Hopkins.

Kiraan kes harian memecah rekod beberapa kali minggu ini iaitu angka tertinggi sejak wabak itu menular di negara berkenaan.

Menurut Universiti Johns Hopkins, sepanjang minggu lalu, terdapat penambahan iaitu masing-masing lebih 2,700,000 kes baharu dan lebih 9,000 (kematian baharu) direkodkan.

Peningkatan kes mingguan juga mencatatkan pandemik baharu yang tinggi, melepasi rekod sebelumnya yang dicatatkan pada minggu pertama 2021.

Menurut data yang dikemas kini oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis lalu, purata kes baharu adalah sebanyak 320,000 jangkitan setiap hari.

Sepanjang minggu ini, tiga hari berturut-turut kes COVID-19 harian di AS mencecah hampir setengah juta, menurut data CDC.

Lonjakan kes turut didorong oleh varian Omicron dan menyebabkan bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital mencatatkan peningkatan.

Setakat ini, lebih 7.5 juta kanak-kanak disahkan positif COVID-19 di AS iaitu mewakili 1 dalam 10 kanak-kanak di seluruh negara, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik AS (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-Kanak.

Kumpulan pakar turut bimbang akan berlaku penularan COVID-19 secara meluas susulan pembukaan semula sekolah minggu depan.

Beberapa sekolah di negara itu memutuskan untuk menjalankan pembelajaran secara maya untuk dua minggu pertama berikutan peningkatan kes.

AS merekodkan lebih 54.7 juta kes COVID-19 dengan lebih 825,000 kematian setakat petang semalam, berdasarkan data semasa Universiti Johns Hopkins. - AGENSI

Berita Harian X