Selasa, 19 Oktober 2021 | 9:39am
Gambar hiasan. - Foto Google
Gambar hiasan. - Foto Google

Rakyat AS mungkin dibenar terima dos penggalak berbeza

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat merancang untuk membenarkan rakyat negara itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 berbeza daripada yang mula-mula diambil.

FDA pada September lalu, membenarkan dos penggalak Pfizer dan pasangan vaksin COVID-19 dua kali BioNTech untuk mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan kumpulan berisiko tinggi.

Panel penasihat FDA itu dikatakan menyokong penggunaan dos penggalak vaksin Moderna dan Johnson & Johnson COVID-19, lapor New York Times.

Kerajaan AS sebelum ini dikatakan tidak mengesyorkan pemberian dos penggalak berbeza diberi kepada rakyatnya berbanding penggunaan jenis vaksin yang sama.

FDA bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Pegawai kesihatan AS berada dalam tekanan untuk memulakan kempen dos penggalak selepas Rumah Putih mengumumkan pada Ogos lalu, ia bergantung kepada persetujuan dari FDA dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Kajian oleh National Institutes of Health minggu lalu menunjukkan individu yang sebelum ini diberi suntikan vaksin Johnson & Johnson COVID-19 sebagai suntikan pertama dan kedua, mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat apabila diberi dos penggalak Pfizer dan Moderna. - AGENSI

Berita Harian X