Jumaat, 9 April 2021 | 9:26am
 Foto fail AFP
Foto fail AFP

Alga bunuh 4,200 tan ikan salmon

SANTIAGO: Lebih 4,200 tan ikan salmon menjadi mangsa alga pembunuh di Chile, sekali gus mencatatkan kematian besar-besaran terbaru bagi negara pengeluar salmon kedua terbesar dunia itu.

Menurut perkhidmatan perikanan dan akuakultur negara Amerika Selatan itu, puncanya disebabkan alga yang berkembang mengurangkan jumlah oksigen dalam air hingga memberi kesan kepada salmon.

Fenomena sama berlaku pada 2016 apabila ribuan tan salmon mati.

Sebanyak 18 kolam salmon di selatan Chile yang menghasilkan sekitar 26 peratus salmon dunia terjejas.

Greenpeace mengatakan kematian salmon itu disebabkan pencemaran daripada penternakan salmon, sementara pihak industri pula menyalahkan perubahan iklim.

Jurucakap Greenpeace, Mauricio Ceballos, berkata, tidak dapat dinafikan krisis ini terjadi kerana pengaruh pencemaran yang dihasilkan oleh penternakan salmon.

"Terdapat bukti kehadiran ammonium dan urea dari kolam salmon sama ada sedikit boleh memburukkan lagi keadaan," katanya.

Tiga jenis alga berbahaya dikesan di 18 kolam di mana 70 peratus ikan mati dikeluarkan.

Norway menghasilkan lebih banyak salmon daripada Chile iaitu hampir AS$4.4 bilion (RM18 bilion) daripada eksport salmon pada 2020. - AFP

Berita Harian X