Selasa, 20 Oktober 2020 | 1:45pm
Colombia masih bimbang dengan serangan keganasan, biarpun sudah mencapai perjanjian damai dengan pemberontak Marxis FARC pada 2017. - Foto EPA
Colombia masih bimbang dengan serangan keganasan, biarpun sudah mencapai perjanjian damai dengan pemberontak Marxis FARC pada 2017. - Foto EPA

Serangan terhadap pasukan perubatan meningkat di Colombia

BOGOTA: Serangan ke atas pasukan perubatan Colombia melonjak pada tahap terburuk dalam tempoh dua dekad ini, kebanyakannya membabitkan mereka yang bertugas untuk pandemik COVID-19.

Kira-kira 242 serangan berlaku terhadap pasukan perubatan sejak Januari hingga September lalu, tertinggi dilaporkan kerajaan di mana serangan itu menentang petugas yang membawa pesakit ketika pandemik.

Peratusan serangan di negara Amerika Selatan itu meningkat kepada 63 peratus dalam tempoh sama berbanding tahun lalu uamh hanya merekodkan 148 serangan saja, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Kira-kira 38 peratus kes keganasan terhadap pekerja kesihatan adalah dalam konteks berkaitan dengan pandemik, di mana ugutan dan diskriminasi terhadap pasukan petugas, malah turut dilaporkan penjagaan untuk mereka yang cedera dan sakit juga terhalang ketika itu.

Ini berikutan, jururawat, doktor, pemandu ambulans, juruteknik dan pembantu dituduh melakukan kecuaian perubatan atau diskriminasi kerana dianggap sebagai sumber penularan.

Malah kumpulan pasukan bersenjata yang dibiayai oleh perdagangan dadah turut meningkat dengan menentang misi perubatan di kawasan sempadan.

Colombia masih bimbang dengan serangan keganasan yang berlaku, biarpun perjanjian damai untuk mencapai pelucutan senjata sebahagian besar pemberontak Marxis FARC pada 2017 sudah dicapai.

Ini berikutan, masih ada kumpulan yang tersisih dari perjanjian itu dan kini mereka merebut penguasaan beberapa wilayah dengan gerila lain dan kumpulan dadah.

Kerajaan mengumumkan peningkatan serangan terhadap misi perubatan kerana negara dengan populasi 50 juta orang itu, kini mencapai sejuta jangkitan dengan 29,102 kematian sejak pandemik COVID-19 dikesan pada 6 Mac.

Colombia mengenakan sekatan sepenuhnya pada 25 Mac hingga 1 September lalu, sebelum melonggarkannya sebagai langkah-langkah dalam menghadapi krisis ekonomi. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X