Selasa, 20 Oktober 2020 | 9:19am

Gempa bermagnitud 7.5 landa perairan Alaska

BEIJING: Gempa berkekuatan 7.5 pada skala Richter menggegar perairan selatan Alaska di Amerika Syarikat pada 4.54 pagi waktu Beijing, Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa berpusat pada 54.74 darjah utara dan 159.75 darjah barat, pada kedalaman 40 kilometer. - BERNAMA

Berita Harian X