Jumaat, 16 Oktober 2020 | 11:14am
Ketua Jawatankuasa Senator AS, Lindsey Graham. - Foto AFP
Ketua Jawatankuasa Senator AS, Lindsey Graham. - Foto AFP

Demokrat punyai peluang cerah ke Rumah Putih

WASHINGTON: Seorang senator terkemuka Republikan yang mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Donald Trump semalam mengatakan beliau percaya calon Demokrat, Joe Biden mempunyai 'peluang baik' untuk memenangi jawatan presiden pada pilihan raya 3 November.

"Anda semua memiliki peluang baik untuk memenangi Rumah Putih," kata Lindsey Graham, Ketua Jawatankuasa Senator Amerika Syarikat (AS), kepada rakan-rakan Demokrat pada pembukaan perbicaraan calon Mahkamah Agung, Amy Coney Barrett.

"Terima kasih kerana mengakuinya," jawab Senator Demokrat Amy Klobuchar, yang mana Graham menambah: "Ya, saya rasa itu benar."

Komen Graham bagaimanapun tidak mengubah jangkaan bahawa Barrett dari konservatif akan mendapat pengesahan mudah ke mahkamah tinggi di Senat yang dikuasai Republik.

Demokrat berusaha untuk menangguhkan mengisi kerusi Hakim Mahkamah Agung yang dikosongkan oleh kematian ikon liberal, Ruth Bader Ginsburg, bulan lalu dengan alasan pemenang pilihan raya harus mengisinya. - AFP

Berita Harian X