Selasa, 13 Oktober 2020 | 2:13pm
Presiden AS, Donald Trump, kembali menemui penyokongnya di sanford, Florida selepas disahkan negatif COVID-19. - Foto AFP
Presiden AS, Donald Trump, kembali menemui penyokongnya di sanford, Florida selepas disahkan negatif COVID-19. - Foto AFP

Trump disahkan negatif COVID-19

WASHINGTON: Pakar perubatan Rumah Putih, Sean Conley, berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, diuji negatif bagi COVID-19, 12 hari selepas beliau disahkan positif virus itu.

Ujian ke atasnya didapati negatif 'pada hari yang berturut-turut' dan 'tidak menjangkiti orang lain', demikian menurut memo daripada Conley.

"Adalah penting untuk makluman bahawa ini bukan satu-satunya ujian yang digunakan secara tunggal bagi menentukan status negatif presiden ketika ini.

"Ujian antigen negatif yang berulang kali, diambil dalam konteks dengan data klinikal dan makmal tambahan termasuk pengukuran jumlah virus, RNA subgenomik dan pengukuran ambang kitaran PCR serta penilaian data kultur virus yang berterusan.

"Semuanya menunjukkan pengurangan replikasi virus yang dapat dikesan," katanya.

Tambah beliau, data yang komprehensif itu selaras dengan garis panduan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) untuk menamatkan pencegahan berdasarkan penularan.

Katanya, ternyata jelas kepada penilaian pasukan perubatan bahawa presiden tidak berpotensi menjangkiti orang lain.

Trump akan kembali menaiki pentas di Stanford, Florida buat pertama kali untuk kempen pemilihan semulanya sejak beliau positif COVID-19 pada 1 Oktober lalu.

Beliau kemudian dimasukkan ke hospital selama tiga hari sebelum kembali ke Rumah Putih dengan menjalani rawatan susulan.

Sebelum dan selepas Trump dijangkiti, sejumlah kakitangan Rumah Putih turut disahkan positif virus itu.

Menjelang pilihan raya presiden 22 hari lagi dan pengundian awal yang sedang berlangsung di beberapa negeri, AS mencatat lebih lapan juta 8 juta kes jangkitan COVID-19 termasuk lebih 200,000 kematian. - AGENSI

Berita Harian X