Ahad, 4 Oktober 2020 | 6:12am
Doktor di Rumah Putih, Dr Sean Conley, memberi taklimat mengenai perkembangan Presiden AS, Donald Trump yang sedang menjalani rawatan COVID-19 di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed, Maryland. - Foto EPA
Doktor di Rumah Putih, Dr Sean Conley, memberi taklimat mengenai perkembangan Presiden AS, Donald Trump yang sedang menjalani rawatan COVID-19 di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed, Maryland. - Foto EPA

Trump makin ok

WASHINGTON: Tahap kesihatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19, menunjukkan kemajuan positif, kata doktor Rumah Putih pada Sabtu.

Trump dan isteri, Melania kini sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed, Maryland

"Pagi ini Trump menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Pada masa ini, kami sangat gembira dengan kemajuan dan (terus) mengawasinya dengan dekat.

"Presiden pagi ini tidak menggunakan oksigen, tidak mengalami kesukaran bernafas atau berjalan-jalan. Tahap ketepuan oksigennya adalah 96 peratus, " kata Dr Sean Conley pada taklimat berita di pusat perubatan.

Khamis lalu, Trump dalam ciapannya di Twitter mengatakan bahawa beliau dan Melania positif COVID-19 dan akan menjalani kuarantin.

"Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan dapat mengharungi bersama," kata Trump.

Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahkan seorang daripada pembantunya Hope Hicks disahkan dijangkiti COVID-19.

Hicks, 31, mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini, termasuk ketika menaiki kapal Marine One, helikopter presiden, untuk kempen pemilihan Presiden pada Rabu.

Trump dan Melania menjalani ujian saringan berkenaan selepas Hicks disahkan positif COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X