Rabu, 19 Ogos 2020 | 10:57am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

COVID-19: Angka global melebihi 22 juta

NEW YORK: Kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 22 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan data Johns Hopkins University.

Jumlah kes global mencecah 22,046,135, dengan korban seramai 778,557, setakat 8.27 malam waktu tempatan (0027 GMT Rabu).

Amerika Syarikat paling teruk diancam, menyaksikan 5,480,487 kes jangkitan dan 171,687 orang meninggal dunia, diikuti Brazil 3,359,570 kes dengan korban seramai 109,888.

India pula mengesahkan lebih 2.7 juta kes.

Negara dengan lebih 400,000 kes termasuk Russia, Afrika Selatan, Peru, Mexico dan Colombia. Sementara itu, Mexico, India, Britain, Itali dan Perancis pula mencatatkan lebih 30,000 kematian.

-- BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X