X
Sabtu, 8 Ogos 2020 | 1:49pm
Gambar fail pada 2017 menunjukkan seorang lelaki berjalan melepasi iklan aplikasi WeChat yang dimiliki syarikat Tencent di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. - Foto AFP
Gambar fail pada 2017 menunjukkan seorang lelaki berjalan melepasi iklan aplikasi WeChat yang dimiliki syarikat Tencent di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. - Foto AFP

AS kenakan sekatan ke atas pemimpin Hong Kong

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas pemimpin Hong Kong selepas memaksa syarikat pemilik aplikasi China, TikTok dan WeChat menamatkan perkhidmatannya di negara itu.

Tindakan itu adalah serangan diplomatik-komersil berkembar menjelang pilihan raya AS.

Jabatan Perbendaharaan AS berkata, pihaknya membekukan aset Ketua Eksekutif, Carrie Lam dan 10 pegawai kanan lain dalam tindakan paling sukar Hong Kong, sejak Beijing menguatkuasakan pencegahan keselamatan di wilayah itu.

Setiausaha AS, Mike Pompeo, dalam kenyataan berkata, undang-undang keselamatan China itu bertentangan perjanjian di meterai China, sebelum Britain menyerahkan kembali Hong Kong, pada 1997.

Langkah itu menyebabkan sebarang transaksi kewangan AS dengan 11 pegawai, termasuk Pesuruhjaya Polis Hong Kong, Setiausaha Keselamatannya dan Pegawai Tertinggi China di pusat kewangan antarabangsa, sebagai suatu jenayah.

"Sekatan ini adalah mesej jelas terhadap tindakan pemimpin pihak berkuasa Hong Kong yang tidak dapat diterima. Kita bersama rakyat Hong Kong," katanya.

Jabatan Perbendaharaan berkata, Lam 'bertanggungjawab susulan penguatkuasaan dasar Beijing yang menindas kebebasan dan proses demokrasi'.

Undang-undang keselamatan itu dikuat kuasa, pada akhir Jun, susulan insiden tunjuk perasaan pro-demokrasi tahun lalu.

Rentetan itu, pihak berkuasa menangguhkan pemilihan dengan alasan pandemik COVID-19, selain Beijing didakwa mengeluarkan waran tangkap terhadap enam aktivis pro-demokrasi yang dibuang negeri. - AFP

Berita Harian X