X
Selasa, 4 Ogos 2020 | 9:42am
gambar hiasan. - Foto AFP
gambar hiasan. - Foto AFP

Muktamadkan jualan TikTok sebelum 15 September - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membayangkan aplikasi popular milik China, TikTok akan 'gulung tikar' di negara itu sekiranya ia tidak menjual operasinya kepada sebelum 15 September ini.

"Saya sudah tetapkan tarikh 15 September ini, sama ada jual, seboleh-bolehnya kepada syarikat milik AS atau hentikan operasi sama sekali.

"Ia akan ditutup menjelang 15 September kecuali sekiranya Microsoft atau pihak lain berjaya membeli dan melakukan perjanjian itu," katanya kepada wartawan.

Trump kini memberi tekanan kepada syarikat induk TikTok, ByteDance untuk mencapai persetujuan, selepas Microsoft mengesahkan hujung minggu lalu bahawa kedua-dua pihak masih dalam perbincangan berhubung pembelian TikTok.

AS mendakwa TikTok mengumpul data peribadi pengguna yang membolehkan kerajaan China mengakses untuk kegunaan risikan atau tujuan lain dan aplikasi itu kini di bawah siasatan rasmi keselamatan kebangsaan AS.

"Dalam soal keselamatan, anda tidak boleh dikawal oleh China. Terlalu besar dan terlalu menceroboh," kata Trump sam bil menambah beliau menyokong perbincangan dengan Microsoft itu.

Aplikasi TikTok yang digunakan berbilion orang di seluruh dunia untuk melakukan video selama 60 saat di telefon bimbit itu kini menjadi punca pertelagahan terbaru antara Beijing dan Washington. - AFP

Berita Harian X