Isnin, 27 Julai 2020 | 7:58am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Kes kematian global hampiri 648,000

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 647,784 penduduk dunia terkorban akibat penularan pandemik COVID-19 yang mula dikesan di China sejak Disember lalu.

Berdasarkan data terkini Johns Hopkins University sehingga pagi ini, jumlah jangkitan virus terus meningkat kepada lebih 16.15 juta kes pada Isnin.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas merekodkan 46,582 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu melebihi 4.2 juta kes dengan 146,909 kematian.

Brazil pula merekodkan 87,000 kematian dengan jumlah keseluruhan bakal mencecah 2.4 juta kes, manakala United Kingdom merekodkan 45,837 kematian.

Sementara itu, India pula mengesahkan sebanyak 32,063 kematian akibat wabak itu dengan jumlah kumulatif kes menghampiri 1.4 juta kes positif.

Itali pula merekodkan jumlah kematian 35,107 kes, manakala Perancis (30,195), Sepanyol (28, 432) dan Peru (17,843), Iran (15,700) dan Russia (13,249). - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X