Rabu, 1 Julai 2020 | 7:36pm
Gambar fail: Harvey Weinstein tiba di Mahkamah Jenayah Manhattan untuk menjalani perbicaraan jenayah seksual. Foto AFP
Gambar fail: Harvey Weinstein tiba di Mahkamah Jenayah Manhattan untuk menjalani perbicaraan jenayah seksual. Foto AFP

Mangsa salah laku seksual Harvey Wenstein terima AS$19 juta

NEW YORK: Mangsa yang menderita akibat salah laku seksual dan gangguan di tempat kerja oleh perogol, Harvey Weinstein, akan menerima bayaran hampir AS$19 juta (RM81 juta) sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah, umum Peguam Negara New York semalam.

Pembayaran itu yang perlu dipersetujui oleh dua mahkamah, adalah hasil tuntutan mahkamah terhadap bekas hartawan filem yang kini menjalani hukuman 23 tahun di penjara, yang pernah mempunyai studio filem, The Weinstein Company.

"Harvey Weinstein dan syarikat The Weinstein melakukan kesalahan terhadap pekerja wanitanya. Selepas semua ancaman gangguan seksual, diskriminasi termasuk disebabkan jantina, akhirnya mereka mendapat keadilan," kata Letitia James melalui kenyataan.

Tuntutan itu menyatakan bahawa Weinstein 'menuntut atau memaksa pekerja wanita melakukan hubungan seksual yang tidak diinginkan mereka sebagai balasan untuk terus bekerja atau meningkatkan kerjaya mereka.'

Bagaimanapun, peguam beberapa mangsa Weinstein membantah cadangan penyelesaian itu.

Douglas Wigdor, yang antara anak guamnya ialah bekas pelayan koktel, Tarale Wulff, yang memberitahu pada perbicaraan kes berprofil tinggi itu bahawa Weintein merogolnya di apartmen New York pada 2005 dengan menggambarkannya sebagai 'pengkhianatan lengkap.'

Beliau berkata, mengikut perjanjian, Weinstein tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakannya itu dan pesalah itu tidak perlu membayar wangnya sendiri untuk penyelesaian.

Wigdor berkata, ia juga akan mencegah mangsa yang tidak mahu menerima bayaran penyelesaian itu mencari kaedah pampasan lain, sekali gus tertuduh akan membantah perjanjian itu di mahkamah.

Kenyataan Peguam Negara tidak menyebut mengenai penyelesaian AS$25 juta (RM81 juta) yang dicapai bersama puluhan mangsa pada Disember lalu.

Weinstein yang juga penerbit 'Pulp Action' pada Februari lalu didapati bersalah melakukan perbuatan jenayah seksual tahap pertama dan pemerkosaan tahap ketiga dalam keputusan hukuman penting bagi gerakan "MeToo.

Tempoh hukuman yang panjang dijatuhkan pada bulan berikutnya akhirnya meletakkan titik penamat, sekali gus memperlihatkan kejatuhan bagi individu berusia 68 tahun itu yang dituduh melakukan tindakan jahat terhadap hampir 90 wanita sejak bertahun-tahun lamanya termasuk Angelina Jolie dan Salma Hayek. - AFP

Berita Harian X