X
Sabtu, 30 Mei 2020 | 8:14am
Penunjuk perasaan turut berkumpul di New York City untuk membantah insiden kematian George Floyd. - FOTO AFP
Penunjuk perasaan turut berkumpul di New York City untuk membantah insiden kematian George Floyd. - FOTO AFP

Kematian Floyd: Anggota polis ditahan, didakwa membunuh

MINNEAPOLIS: Seorang anggota polis Minneapolis terbabit insiden kematian lelaki Afrika-Amerika tidak bersenjata, George Floyd, ditahan semalam dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Derek Chauvin ialah seorang daripada empat anggota polis dipecat selepas tersebar rakaman video menunjukkan Floyd yang digari terbaring di atas jalan raya sambil Chauvin menekankan lututnya pada leher lelaki itu selama sekurang-kurang lima minit, Isnin lalu.

Insiden kematian Floyd, 46, mencetuskan tunjuk perasaan selama berhari-hari yang kadang-kadang menjadi ganas di Minneapolis dan bandar lain di Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah kekejaman polis terhadap warga Afrika-Amerika.

Derek Chauvin. - Foto AFP
Derek Chauvin. - Foto AFP

Setakat ini, beratus-ratus kedai telah dirosakkan dan sebuah balai polis dibakar.

"Bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin, telah ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh," kata pendakwa raya county Hennepin, Mike Freeman, kepada pemberita.

Senator Minnesota, Amy Klobuchar, turut memuji tindakan menahan Chauvin yang disifatkan sebagai 'langkah pertama ke arah keadilan'. - AFP

Berita Harian X